Tuesday, 20 September 2011

Dilarang Masuk


dilarang masuk posterSinopsis Dilarang Masuk:- Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.
Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh, kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu.
Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia, rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ? Sama-sama la kita nantikan cerita ini di pawagam..
Tajuk Filem:
Dilarang Masuk
Pengarah:
Jeffrey Chiang
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd dan Cineworks Sdn. Bhd
Dipawagam:
07 April 2011
Pelakon Dilarang Masuk:
Asyikin Kamal
Muhamad Ismaizal bin Yusoof
Isma Hanum
Esma Danial

...Dalam Botol


filem dalam botol posterSinopsis dalam botol:- Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dan Ghaus merupakan pasangan sejenis yang sedang bercinta. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seorang wanita sekali gus memutuskan perhubungan dengan Ruby. Tanpa diduga, hormon lelaki dalam Ruby kembali menyerlah dan dia kembali menjadi Rubidin. Malah Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi dan mereka merancang untuk berkahwin. Bisa terjalinkah harga sebuah perkahwinan jika sang suami tidak memiliki kelakianya dan apabila tidak terbayar.
.



Tajuk Filem:
…dalam botol
Pengarah:
Khir Rahman
Penerbit:
Pengedaran J.A.S Sdn. Bhd dan Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd
Dipawagam:
24 Mac 2011
Pelakon dalam botol:
Arja Lee
Wan Raja
Diana Danielle
Ogy Ahmad Daud
Normah Damanhuri
Jalil Hamid

Cun


filem cun posterSinopsis Cun:- Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.
Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.
Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’
Tajuk Filem:
Cun
Pengarah:
Osman Ali
Penerbit:
Tayangan Unggul Sdn. Bhd dan Nuansa Sdn Bhd
Dipawagam:
31 Mac 2011
Pelakon Cun:
Maya Karin
Remy Ishak
Faezah
Nadiyatul Nisaa
Kartina Aziz
Ning Baizura
Jehan Miskin

Berani Punya Budak

Pairote (digelar sebagai “B”) telah dipaksa oleh kumpulan mafia terbesar di Thailand untuk mencuri data informasi pelanggan daripada Bank Wealthy, sebuah syarikat kad kredit antarabangsa. Dia menjadikan Lita (Naib Presiden syarikat tersebut) sebagai tawanan dan memaksanya untuk memberi kata laluan yang akan membolehkan tugasannya dihabiskan, dan kemudian dapat melarikan diri daripadanya.

Dia melakukan ini untuk abangnya, Tong (lakonan Afdlin Shauki), yang telah ditangkap, diseksa dan dijadikan tebusan oleh kumpulan mafia tersebut. Sebagai pertukaran untuk data yang telah mereka paksa curi.

Berani Punya Budak merupakan filem versi bahasa Melayu untuk filem Thailand Brave yang turut menampilkan Afdlin Shauki dan Awie sebagai pelakon watak utamanya.








CAST LIST
Afdlin Shauki : Tong / Shuhaimi Abdullah
Pairote Boongerd : Bee / Pairote
Supakson Chaimongkon : Rita
Sahaschai Chumrum : Kovit
Awie : John
Nabil Raja Lawak : Brother John
Johan Raja Lawak : Detektif Azlan
Adlin Aman Ramlie : Detektif Azman
Riezman Khuzaimi : Kuza
Wanchart Chuncri : Somboon
Sharifah Sofea : Hmeaw
Rapeepan Budthong : Gun
Dean Alexandrou : Mai
Don Ferguson : Don

Sunday, 18 September 2011

Songlap

Sinopsis
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?






Hantu Bonceng [ Ful Movie ]


hantu bonceng posterSinopsis Hantu Bonceng:- Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.
Tajuk Filem:
Hantu Bonceng
Pengarah:
Ahmad Idham
Penerbit:
Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Dipawagam:
31 Ogos 2011
Pelakon Hantu Bonceng:
Zizan Raja Lawak
Juliana Evans
Jue Aziz
Taiyuddin Bakar

Bini-Biniku Gangster


Bini Biniku Gangster 698x1024 Filem Bini Biniku GangsterSinopsis Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam. Jom Layan







Sunday, 11 September 2011

Alamak Toyol

Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.


Tarikh Tayangan: 3 November 2011
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Ismail Bob Hasim
Pelakon :Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Hamid Gurkha

Raya Tak Jadi



Sinopsis Raya Tak Jadi:- Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.
Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.
Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.
Tajuk Filem:
Raya Tak Jadi
Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penerbit:
Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. ,
 Primeworks Studios Sdn Bhd
Dipawagam:
15 September 2011
Pelakon Raya Tak Jadi:
Saiful Apek
Johan Raja Lawak
Dato’ Jalaluddin Hasan
Tengku Iedil Putra Alaudin
Wan Sharmila
Noreen Noor
Mak Jah
Mohd Farid Wari





Wednesday, 7 September 2011

Mantra 2010 [ Full Movies ]


mantraSinopsis Mantra:-Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.
Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.
Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
Tajuk Filem:
Mantra
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Penerbit:
David Teo
Dipawagam:
15 Julai 2010
Pelakon Mantra:
Zul Handyblack
Hasnul Rahmat
Hamdan Ramli
Mas Muharni
Bob Lokman
Ruzaidi Abdul Rahman
Mariani

Tuesday, 6 September 2011

Panggilan Arwah [ Full Movie ]


Menceritakan kisah Amin (Zizan Nin), seorang graduan perubatan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya pulang ke kampung halaman sementara menunggu tawaran berkhidmat sebagai doktor di hospital kerajaan.
Ketika berada di kampung, Amin sering bermimpi tentang ibu saudaranya, Sabariah (Tasha Shilla) yang diseksa dalam kubur dan meminta pertolongan daripada Amin.
Bingung dengan makna di sebalik mimpi tersebut, Amin cuba mencari kisah silam emak saudaranya daripada ibunya, Maimun (Kuza) tetapi ditegah oleh ayahnya, Badrul (Mahmud Ali Basha).
Amin gagal membezakan mimpi dan realiti dan memaksa dia menyiasat misteri Sabariah seorang diri dan akhirnya ayahnya membongkar rahsia hubungan Sabariah dengannya.
Sabariah merupakan ibu kandung kepada Amin namun telah dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai kerana bimbang akan kata-kata orang kampung yang menuduh Sabariah melahirkan anak luar nikah kerana melakukan zina dengan seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur.
Kebenaran yang terbongkar itu mendorong Amin mencari ayah kandungnya yang sebenar dan terjawablah teka-teki yang menghantui dirinya selama ini bahawa dia merupakan anak sah hasil perkahwinan ibunya dengan ayahnya, Ramlan (Riezman Khuzaimi) sebelum bercerai.
Namun Sabariah terus muncul dalam mimpi Amin meminta pertolongan agar membantunya untuk dilepaskan daripada azab kubur akibat dosa silam yang dilakukannya. Kesudahannya bakal terjawab dalam drama penuh pengajaran ini.


PANGGILAN ARWAH

ZOO [ Full Movie ]


zooSinopsis Zoo:- ZOO merupakan sebuah filem komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja. Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan Zoo, Lan secara tidak sengaja masuk ke sessi temuduga yang dibuat oleh pengurus disitu, En. Din dan Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itu bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.
Lan telah diperkenalkan kepada seorang lagi pekerja di situ iaitu Shila. Menurut Shila, ramai pengawal di situ telah lari selepas semalaman berkerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo itu boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita dari Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawakannya. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut. Lan sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan.
Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara tersebut kepada Shila dan En. Din tetapi mereka tidak mepercayainya. Begitu juga dengan Osman yang turut bekerja di situ tidak mempercayai kata-kata Lan. Osman pula pandai membodek En Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan exotic. Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut.
En Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberi Lan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan itu untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dari siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di situ, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar tetapi ada orang dalam yang bersubahat.
Lan telah menamakan beberapa orang yang dicurigainya tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri. Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat seperti yang didakwa oleh Lan terhadap “suspek-suspek’nya? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain? Saksikan ZOO untuk mengetahui kesudahannya
Tajuk Filem:
Zoo
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Penerbit:
David Teo
Dipawagam:
01 Julai 2010
Pelakon Zoo:
Mazlan Pet Pet
Lisa Surihani
Bob Lokman
Azlee Senario

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 [Full Movies ]


jpbc2 sinopsisSinopsis Jangan Pandang Belakang Congkak 2:-
Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya. Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur. Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.
Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harata dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir,  Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya.
tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika. Dengan kuasa yang ada, Pak Mor dan Mustika mencuba untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat. Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Asmat memberitahu ada seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.
Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat. Tetapi setelah terpandang Seha, anak gadis Wan Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar. Bermula dari itu mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu. Walaupun menghadapi masalah, mereka berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh.
Pak Mor dan Mustika mendapat tahu yang kini menetap di kampung Wak Ketari. Pada malam itu Pak Mor dan Mustiak dengan bantuan hantu-hantu mereka berjaya menculik Seha. Wak Ketari kemudian menilik dan mendapati anaknya diculik Pak Mor dan Mustika. Kemudian mengarahkan Asmat dan Punai pergi menyelamatkannya. Nantikan kesudahan dalam Jangan Pandang Belakang Congkak 2.
Pengarah:
Ahmad Idham
Penerbit:
MIG Production Sdn. Bhd
Dipawagam:
07 Oktober 2010
Pelakon Jangan Pandang Belakang Congkak 2:
Cat Farish
Mazlan Pet Pet
Lisa Surihani
Azlee Senario
Nora Danish
Bob (KU2)@Kuman
Ruminah Sidek
Ebby Yus

Kongsi [Full Movie]


kongsi posterSinopsis Kongsi:- TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.
Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.
TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.
Tajuk Filem:
Kongsi
Pengarah:
Farid Kamil
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
12 Mei 2011
Pelakon Kongsi:
Shaheizy Sam
Fizo Omar
Yana Samsudin
Azad
Bront Palarae
Putri Mardiana

Nur kasih The Movie [ Ful Movie ]


nur kasih the movieSinopsis Nur Kasih The Movie:- Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.
Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.



Tajuk Filem:
Nur Kasih The Movie
Pengarah:
Kabir Bhatia
Penerbit:
Primeworks Studios Sdn Bhd
Dipawagam:
19 Mei 2011
Pelakon Nur Kasih The Movie:
Remy Ishak
Fizz Fairuz
Tiz Zaqyah
Ayu Raudhah
Liza Othman
Munif Isa
Sara Ali
Mia Sara Nasuha
Ilyas Suhaimi

Tolong! Awek Aku Pontianak [Full movie]


tolong awek aku pontianak posterSinopsis Tolong Awek Aku Pontianak:- Percintaan dari dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.
Pengarah:
James Lee
Penerbit:
Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Dipawagam:
7 Julai 2011
Pelakon Tolong Awek Aku Pontianak:
Zahiril Adzim
Sazzy Falak
Liyana Jasmay
Sufian Mohamed
Nurul
Rashidi Ishak
Yus Waisar
Syanie
Harun Salim Bachik
Faezah Elai
Nasrizal Ngasri
Dato’ Jalaluddin Hasan
Afdlin Shauki
Ruminah Sidek
Jehan Miskin

Flat 3A


poster filem flat 3aSinopsis Flat 3A:- Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.
Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah. Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?
Tajuk Filem:
Flat 3A
Pengarah:
Azhari Mohd Zain
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam:
14 Julai 2011
Pelakon Flat 3A:
Intan Ladyana
Shasha
Ery Zukhairi
Adey Syafrien
Zaidi Omar
Khaty Azean

Hantu Susu [ Full Movie ]

Sinopsis Telefilem Hantu Susu

Mengisahkan 4 jenis hantu dari telemovie yang lepas iaitu Pontianak kg Batu (Erra Fazira), Kum Kum (Marsha Londoh) , Tangisan Langsuir (Zarina) dan Penanggal (Amy Mastura). Keempat empat hantu ni berpindah ke kampung baru dengan niat nak bertaubat dan jadi hantu baik tetapi di kampung tu mula ada pembunuhan dan mereka berempat cuba menyelamat kampung itu dari Hantu Susu.Tetapi masing-masing ade kisahnya...

Siapakah yang akan melakonkan watak Hantu Susu? Sama-sama kita nantikan.


PONTIANAK KAMPONG BATU [ERRA FAZIRA]



Mira, seorang remaja yang berumur 17 tahun berpindah ke Kampung Batu bersama ibunya Tira untuk tinggal bersama makciknya, Kiah. Banyak kejadian pelik telah berlaku sepanjang mereka berada di sana.









KUM KUM [MARSHA LONDOH]


Mengisahkan Mawar (Marsha Londoh), seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan sangat percaya akan dunia ilmu hitam. Mawar sangat benci terhadap seorang gadis yang cantik dan agresif bernama Shikin (Elfira Loy) kerana mereka berdua berusaha untuk merebut cinta seorang jejaka kampung yang tampan, sopan-santun dan berbudi bahasa bernama Yusof (Sharnaaz Ahmad). Pada satu hari, Mawar pergi berjumpa Mak Hitam (Didie Alias), seorang ahli sihir yang jahat untuk menjadikan dirinya lebih cantik dan menawan. Oleh kerana Mawar melanggar larangan bomoh, Mawar menjadi buruk dan dahagakan darah. Untuk memulihkan dirinya, Mawar terpaksa meminum 44 darah perawan.




TANGISAN LANGSUIR [ZARINA]

Perkahwinan Halim dan Jamilah tidak disenangi oleh Tok Ketua. Tok Ketua berpakat menculik dan morogol Jamilah dan membunuhnya. Saksikan kesudahan kisah Jamilah...
Part 1        Part 3         Part 5         Part 7     
Part 2        Part 4         Part 6

Setelah sekian lama, Razak akhirnya pulang ke kampung bersama isteri barunya. Tetapi sejak kepulangannya, kemalangan buruk telah berlaku kepada kawan-kawan sekolahnya. Seorang demi seorang telah dibunuh.